LOGO

10 Nov 2011


1.  Butir-butir sekolah:

Nama sekolah                         : SJKT DESA CEMPAKA
Tahun ditubuhkan                    : 1945
Kod sekolah                           : NBD 4076
Taraf sekolah                          : Sekolah Kurang murid
Bilangan murid                        : 139
Bilangan guru                          : 11 orang
No.Telefon                             : 06-7996814
No.Faks                                 : 06-7996814
E-mail                                     : sjktdc@yahoo.com

2.     Sejarah Sekolah
            Sekolah ini dahulunya dikenali sebagai SJK (T) Ladang Jindram. SJK(TAMIL) JINDARAM dahulunya terletak di Ladang Jindaram. Sekolah ini diasaskan oleh Syarikat Asiatic London. Pada awalnya sekolah ini dijalankan di sebuah pondok lama (rumah pekerja) dengan tenaga pengajar seramai dua orang. Sekolah ini ditadbirkan  oleh Pengurus Ladang. Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) pada awalnya terletak di tanah milik ladang Jindaram dan merupakan sekolah bantuan modal. Semasa pertubuhan perbelanjaan ditanggung oleh pihak ladang ini. Oleh yang demikian, sebagai penghargaan nama SRJK JINDARAM dikurniakan kepada sekolah ini.
            Pada tahun 1968, sekolah ditadbirkan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan. Seorang Guru Besar dan dua orang guru diperuntukan bagi sekolah ini. Beliau merupakan Guru Besar pertama bagi sekolah ini.  Sebelum itu sekolah ini ditadbirkan oleh pengurus  lading syarikat London Asiatic Rubber & Produce Co Ltd. Beliau yang telah berusaha mendapatkan bangunan  pertama bagi sekolah ini pada tahun 1977 dalam kawasan tanah seluas 1.2 ekar. Beliau juga mendapatkan bantuan bagi membina tandas, pagar, longkang dan juga padang permainan . Dibawah pentadbiran Guru Besar En A.Samipillai, sekolah ini mendapat bangunan baru (tiga bilik darjah) di atas tapak tanah ladang seluas 1.2 ekar. Bekalan air dan elektrik diberikan oleh pihak ladang. Pada tahun 1984 di bawah Guru Besar  En E. Muthusamy, sekolah ini mendapat bantuan satu bilik darjah, pejabat dan tandas.
            Pada Mac 1995 En Muthusamy telah bersara dan En M.Kandhi telah dilantik menjadi Guru Besar. Beliau membina bangunan baru di Desa Cempaka, Bandar Baru Nilai pada tahun 1996. January 2001 hingga Mei 2008 Pn.Seedah A/P Narayanasamy telah mengantikan tempat bekas Guru Besar. Beliau telah menjadi Guru Besar untuk jangkamasa yang agak lama.
            Selepas waktu perkhidmatan beliau iaitu pada tahun 2008 tempatnya telah digantikan oleh seorang Guru yang bernama Pn.Gogila menjadi Guru Besar seterusnya. Beliau hanya bertugas selama tiga minggu sahaja. Pada 08.08.2008 En.L.Sundraj telah menjadi Guru Besar di sekolah ini. Selepas beliau mengambil jawatan ini SJK (T) Ldg jindram telah bertukar menjadi SJK (T) Desa Cempaka. Pada tahun 2011 Pn.Agnes Chelvi menyandang jawatan guru besar SJKT Desa Cempaka.
            Enrolmen murid pada 2011 yang terkini ialah 139 dan Enrolmen guru ialah 11 termasuk Guru besar. Bangunan baru ini mempunyai kemudahan yang banyak. Empat bilik darjah, sebuah bilik perpustakaan, pusat sumber, bilik guru, pejabat, dua buah bilik setor, kantin dan tandas berasingan bagi guru perempuan, guru lelaki, murid perempuan dan murid lelaki.
      
SJKT DESA CEMPAKA (2011)
3.     Senarai Guru Besar:
Bil
Nama
Tempoh
1.
En.Samipillai
1968 - 1984
2.
En.Muthusamy
1984 - 1995
3.
En.Kandhi
1995 - 2000
4.
Pn.Seedah
2001 - 2008
5.
En.L.Sundraj
2008 - 2011
6.
Pn.Agnes Chelvi
2011 – hingga kini