Sekolah ini dahulunya dikenali sebagai SJK (T) Ladang Jindram. SJK(TAMIL) JINDARAM dahulunya terletak di Ladang Jindaram. Sekolah ini diasaskan oleh Syarikat Asiatic London. Pada awalnya sekolah ini dijalankan di sebuah pondok lama (rumah pekerja) dengan tenaga pengajar seramai dua orang. Sekolah ini ditadbirkan oleh Pengurus Ladang. Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) pada awalnya terletak di tanah milik ladang Jindaram dan merupakan sekolah bantuan modal. Semasa pertubuhan perbelanjaan ditanggung oleh pihak ladang ini. Oleh yang demikian, sebagai penghargaan nama SRJK JINDARAM dikurniakan kepada sekolah ini.
Pada tahun 1968, sekolah ditadbirkan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan. Seorang Guru Besar dan dua orang guru diperuntukan bagi sekolah ini. Beliau merupakan Guru Besar pertama bagi sekolah ini. Sebelum itu sekolah ini ditadbirkan oleh pengurus ladang syarikat London Asiatic Rubber & Produce Co Ltd. Beliau yang telah berusaha mendapatkan bangunan pertama bagi sekolah ini pada tahun 1977 dalam kawasan tanah seluas 1.2 ekar. Sebelum itu sekolah ini dijalankan dengan menggunakan dua buah rumah papan. Beliau juga mendapatkan bekalan air dan elektrik daripada pihak ladang bagi sekolah ini.
Beliau juga mendapatkan bantuan bagi membina tandas, pagar, longkang dan juga padang permainan . Beliau bersara pada bulan Mac tahun 1981. Dibawah pentadbiran Guru Besar En A.Samipillai, sekolah ini mendapat bangunan baru (tiga bilik darjah) di atas tapak tanah ladang seluas 1.2 ekar. Bekalan air dan elektrik diberikan oleh pihak ladang. Pada tahun 1984 di bawah Guru Besar En E. Muthusamy, sekolah ini mendapat bantuan satu bilik darjah, pejabat dan tandas.
Pada tahun 1992, sekolah ini mendapat bantuan di mana kawasan sekolah dapat dipagarkan. Pada tahun 1994, ladang ini diambil untuk membina padang Golf. Sekolah ini dipindah ke dewan orang ramai pada awal tahun 1995. Atas usaha guru besar dan pengerusi MIC cawangan Nilai, sekolah ini mendapat pampasan wang sebanyak RM 100,000 dan tanah seluas 1.2 ekar di kawasan Bandar Baru Nilai.
Pada Mac 1995 En Muthusamy telah bersara dan En M.Kandhi telah dilatih menjadi Guru Besar. Beliau membina bangunan baru di Desa Cempaka, Bandar Baru Nilai pada tahun 1996. January 2001 hingga Mei 2008 Pn.Seedah A/P Narayanasamy telah mengantikan tempat bekas Guru Besar. Pada waktu tersebut endrolmen murid dalam lingkungan 90 sahaja. Beliau telah menjadi Guru Besar untuk jangkamasa yang agak lama.
Selepas waktu perkhidmatan beliau iaitu pada tahun 2008 tempatnya telah digantikan oleh seorang Guru yang bernama Pn.Gogila menjadi Guru Besar seterusnya. Beliau hanya bertugas selama tiga minggu sahaja. Pada 08.08.2008 En.L.Sundraj telah menjadi Guru Besar di sekolah ini. Selepas beliau mengambil jawatan ini SJK (T) Ldg jindram telah bertukar menjadi SJK (T) Desa Cempaka.
Enrolmen murid pada 20.07.2011 yang terkini ialah 138 dan Enrolmen guru ialah 11 termasuk Guru besar. Bangunan sekolah sekarang berusia16 tahun. Empat bilik darjah, sebuah bilik perpustakaan, pusat sumber, bilik guru, pejabat, dua buah bilik setor, kantin dan tandas berasingan bagi guru perempuan, guru lelaki, murid perempuan dan murid lelaki. Bangunan ini juga mempunyai kemudahan elektrik, air dan telefon. Selain dari tersebut bangunan baru ini mempunyai 1 bilik komputer.
Kuala Lumpur Time